
Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.
Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.
Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan:
Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?
Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?
Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?
Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.
Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.
Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”
Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.
Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?
Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi aku tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.
Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.
Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.
PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.
Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?
Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?
Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ مَا يُخَلِّفُ الرَّجُلُ مِنْ بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
ReplyDeleteDaripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.” [2]
Perkara pertama yang disebutkan dalam hadis pertama ialah sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Semasa hidup di dunia si mati melakukan amalan tertentu yang dia tetap memperolehi pahala walaupun dia telah meninggal dunia seperti mendirikan masjid, sekolah dan menggali telaga. Begitu juga amalan-amalan lain yang terus menerus mendatangkan manfaat kepada orang lain seperti membina hospital, membina jambatan, mewakafkan buku-buku agama dan sebagainya.
Bukankah dengan adanya lebuh raya tersebut ia akan memberi manfaat kepada manusia. Ibadah ni bukan hanya soal solat, puasa dan haji shj. Soal urusan niat ikhlas atau tidak itu urusan Allah dan empunya diri, dapat pahala atau dosa bukan urusan manusia, itu urusan ALLAH. Kenapa di persoalkan?
Nyata, akhlakmu tidak lansung menggambarkan dirimu seorang pelajar Maahad Tahfiz.
Saya setuju dengan pandangan diatas...mungkin dia ni blaja Maahad Aliran Syiah kot...sory
ReplyDeletesedekah benda baik pun nk bising, bukan nk bising k-pop nuh. Benda baik akan dibalas baik, benda jahat akan dibalas setimpal dgnnya. Moga hasil karya anda mendapat ganjaran yang setimpal. Amin.
ReplyDeleteSesat barat mung nih, kecek tak dok asas agama lasung
ReplyDeletepenulis rasyidzamri ni..conclusionnya amat2 jahil! x takutkah balasan Allah kerana menghina seorang ulama????
ReplyDeletejika kita xde ilmu y secukupnya rasanya lebih baik diam jela saudara kerana diamnya si jahil itu lebih berpahala berbandingnya diamnya si alim, suara org yg alim lebih mulia dari si jahil tatkala berbicara ilmu...seeloknya diam jela ABDUL RASYID MOHD ZAMBRI..
ReplyDeletepenulisan yang xberilmiah langsung!! rubbish "bak i kata kat my student'
ReplyDeletekesian kamu rasyid..ee semua org da menyampah dgn kamu..kamu xmalu ker? eeee bw taubat la kamu...
ReplyDeleteapabila penulis lebih mencintai NERAKA drpd keredhaan ALLAH.....
ReplyDeletejgn nk mempermainkan agama la sial..... kalau otak tu cetek, ilmu tu sket, baik berdiam diri dr menambah dosa ko tu lg.... ckp mengalahkan org bkn Islam je....org bkn Islam lg pandai pk soal2 ni....mst nyesal mak bapak ko dpt anak bodoh jahil mcm ko ni.....stiap kali org baca fitnah ko ni or slh phm dgn ayat2 ko, smakin bertambahla dosa ko dgn subjek yg ko fitnah ni...jgn sampai ko x sempat taubat n minta maaf dgn org yg fitnah ni ye bongok....kang makin byk org nyumpah ko, mati eksiden ko tiba2, baru padan muka ko....ingat sket, akhirat, syurga n neraka tu mmg janji Allah...aku cuma doakan idop ko xkan tenang sampai bila2 n ko akan sentiasa susah slagi x minta maaf dr sume mangsa2 fitnah ko ni
ReplyDeletekalau jahil jangan nak buka mulut..bahalol punya orang
ReplyDeletenak naik nma katakan...ckp la mcm ni...tp cian smkin byk org baca semakin byk org mndoakan buruk utk kau Rasyid zamri.. kalau anda seorg pelajar tahfiz,pasti tahu akibat mmftnah org.. klu ia btl pun knp kamu bka aib org...kau x hbis blja ke?ke pg blja kat tahfiz sehari je...hahahaha
ReplyDeleteko nie x guna jd orang..alangkah bagusnya klau engkau menjadi binatang..xde la nk menyusahkan orng camnie..kecik2 x nk mampus..
ReplyDeletekesian pulak.. setiap kali menulis artikel, setiap kali 2 kene cerce dan didoakan keburukan oleh org ramai...
ReplyDeleteenth ape kehidupan engkau.
penulis kurang cerdik maka kuranglah ilmunya..ini bukan fakta bro, ini fitnah
ReplyDeleteNi jenis masuk tahfiz sehari pastu terus kena reject sbb ahli neraka.. tobat cepat2..
ReplyDeleteSungguh buruk tulisan kamu ..semoga kamu bertaubat sebelum terlambat
ReplyDeleteMenjatuhkan maruah maahad tahfiz..inilah akibatnya maahad tahfiz menjadi tpt di letakkan pelajar yg rosak akhlak..
Wahai rasyid sesungguhnya kamu dalam golongan otak berpenyakit dan hati yang terbengkalai...semoga kamu mendapat hidayah dariNya......Aminn.
ReplyDeleteorg yang mcm ni la ore2 kelantan duk sebut sokmo,'BASO CERDIK TOKLEH TUMPANG,BASO BODO TOKLEH AJAR'...ADO HATI NOK AJAR DOKTOR PAKAR MATO CARO NOK OPERATE MATO....
ReplyDeletetp aku rasa dia ni bukan cerdik pun...tgk ko penulisan tau doh,cakap mcm guna palo lutut...jd timbul satu lg pepatah khas utk dia ni, 'BASO TOK CERDIK MENGAKU CERDIK YG TOK LEH NOK TUMPANG,
BASO BODO TOK MENGAKU BODO YG TOK LEH NOK AJAR'...
tahniah nga post cm ni kompem trafic blog sesak
ReplyDeletep/s jd penulis yang berilmu :)
Assalam saudara Rasyid, mak bapak awk ade lg dop, kalo da xde, mmg arwah kena siksaan dr perkara yg anda bt ni... so bertaubat la, sedekahkan pahala bt mereka, bkn menambahkn dosa dgn perkara2 begini, jika artikel ini dpt membt org percaya, anda lah akan menanggung akibatnya....
ReplyDeletekesian..!!pergi belajar tahfiz tapi jahil jugak..Allah kalau nak beri kebaikan pada sesorang tu,Allah akan beri kefahaman tentang ad-deen..ternyata kamu xfaham,tapi dok sibuk canang parti yg menegakkan islam tu salah..bukan nak bantu islam,nak porak perandakan lagi..muhasabahlah diri kamu yg penuh dgn kejahilan ni..kalau kita xsokong cara islam,kat mana lagi kita nak letak keislaman kita ni..
ReplyDeletekorang nih...rasyid tulis tuh...Biarla Allah jeh yg tentukan dose ke ape ke...korang maki2 ..kutuk2..igt bagus ke...semua parti xsalah kecuali org yang suke menabur fitnah..memaki orang laen./menghasut orang laen..sape yang buat..die lah yang salah..kalo korang rase die salah biar je lah die sebab die xjentik pon telinga korang..orang kelantan lagi satu..tulis tuh bagi la orang laen boleh bace..tulis macam bahase ape tah..kaum2 kelantan je yang faham. mcm mane nk maju..
ReplyDeletetulis tu guna kpala lutut.....baik ko tobat....stakat ngaji tingkatan5 tak habih,masuk tahfih konon,ni dok jadi pencacai umporno,kita smua tahu hang anak sapo,hang jaga2 sikit,kita pakat boikot kedai bapa kau baru tahu........
ReplyDelete