Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 12, 2012

Lagi dakyah DAP sebar Kristian kepada orang Melayu terbongkar?

Apakah perasaan korang yang beragama Islam apabila melihat gambar yang aku paparkan dalam artikel kali ini? Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang terkejut dan secara peribadi, aku merasakan ini satu lagi penghinaan kepada umat Islam di negara khususnya masyarakat Melayu beragama Islam di kawasan Sitiawan, Perak.

Setiap waktu kedai ini dikunjungi majoriti orang Melayu. Mereka boleh beranggapan bahawa orang Melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza tetapi malangnya di atas mahkota orang Islam secara tidak langsung telah menjunjung salib lambang kemegahan agama mereka.

Adakah kita sanggup menjunjung salib kristian semata-mata untuk makan Domino's Pizza? Bayangkan waktu itu kita tidak tahu apa yang mereka buat di dalam bangunan berkenaan. Malah, jika kita tengok daripada jauh, jelas sekali bangunan itu seperti gereja sepenuhnya.





Dan yang paling dikesali, ada juga pengunjung yang berkopiah dan berserban untuk makan pizza di kedai berkenaan. Apa motif sebenar pihak gereja turut menggunakan bangunan itu bagi tujuan aktiviti agama kristian dan untuk makluman korang, kawasan Sitiawan ini merupakan kawasan yang diwakili oleh YB Ngeh Ko Ham (DAP) iaitu penganut kristian tegar di Negeri Perak.

Cukuplah selama ini pelbagai cara dan bentuk penghinaan telah dilancarkan oleh mereka untuk melemahkan semangat orang Islam. Jika korang sensitif dengan perkara ini marilah beramai-ramai memboikot tempat ini sebagai tanda sokongan kepada agama Islam

Khabarnya outlet Domino's Pizza ini baru saja dibuka kepada orang ramai di atas tapak rumah kedai yang baru saja siap dibina. Dimanakan kredibiliti Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Agama Islam Manjung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia cawangan Manjung dan pihak-pihak yang lantang bersuara tentang Islam selama ini. Ayuh! bangun dan bangkitlah umat Islam menentang penghinaan ini.

Justeru itu, aku menyarankan agak pihak yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan juga Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) cawangan Manjung segera bertindak bagi menjaga maruah agama Islam supaya tidak diperkotak katikkan oleh pihak yang sengaja menghina Islam secara terang terangan.

29 comments:

  1. Saya dihantar untuk mengajar di sebuah sekolah mubaligh terkenal di Kuala Lumpur. Bangunan lama, Masih ada tanda salib di atas bangunan. Masih ada convent di dalam kawasan sekolah. Kalau penulis menyatakan 'pengunjung Domino's Pizza di Manjung menjunjung salib', maka saya yang mengajar di sekolah mubaligh juga 'menjunjung salib? Anak2 yang diajar di sekolah tersebut pon anak-anak melayu, maka mereka 'menjunjung salib'?

    Banyak lagi isu lain yang boleh dikupas, bukan sekadar dakyah Kristian. Lemah sangatkah iman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan admin. Saya hairan, dalam banyak2 sekolah..kenapa anak Melayu dihantar ke sekolah Mubaligh?

      Lemah sangatkah iman? Itu adalah isu peribadi. Jangan ingat semua kuat iman puan. Kalau kuat takder nyer berlaku gejala2 tak elok.

      Mengelak lebih baik dari mengubatnya =)

      Delete
  2. Terima kasih kerana sudi komen dan beri pandangan.
    Tapi saya rasa situasi kita berbeza..
    Apa yang berlaku pada saudari itu perkara yang jelas tetapi apa yang berlaku pada Domino's Pizza di Sitiawan perkara yang tidak jelas..
    Mana tahu gereja berkenaan ada saham dengan Domino's Pizza berkenaan..??
    Apa pun,kita bukan boikot Domino's Pizza tapi kita boikot lokasi Domino's Pizza yang tidak sesuai dan tidak ambik kira sensitiviti agama lain.

    ReplyDelete
  3. Dalam kan lagi pemikiran. Jangan dibiarkan cetek sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan memang pemikiran dalam...tapi bagaimana yang pemikiran cetek. Tak semua orang pemikiran dalam macam puan. Kita yang pemikiran dalam nie sepatutnya fikir untuk yang pemikiran cetek.

      Wallahu a`lam

      Delete
  4. Hari ahad makan pizza percuma....????

    ReplyDelete
  5. To Alin Yussuff

    Tidak ada masalah.
    Masing2 ada pendapat dan pendirian masing2.
    Pendapat dan pendirian saya jelas.

    ReplyDelete
  6. ape yg pej agama boleh buat??? dr segi undang2, kami tkde bidang kuasa.. lebih sesuai ditanya kpd pihak yg mengeluarkan lesen untuk rumah ibadat aka gereja. td pihak HQ dominos di KL ada tel sy dan minta kita hadir pada hari kamis ni start dr pg smpai tghari, depe nk buat satu majlis penerangan atau harmonisasi berkenaan isu ni. derg sedar kewujudan dominos di manjung menjadi isu hangat dan mendapat bantahan ramai pihak. die mtk saya dtg, tp sy kata saya tk beleh dtg sbb tk selesa dgn gereja disitu. dan sbg mematuhi prosedur, sy pngjkan jmputan tu kpd PTA. dan td PTA pun kata die tkkan dtg dan TAK BAGI SAPE2 WAKIL DR PEJ AGAMA PEGI MAJLIS TU. sbb kite tknk dgn kehadiran kite nnti akan menunjukkan seolah2 Pej Agama Manjung meredhai kewujudannya..

    ReplyDelete
  7. mengikut maklumat yg pihak HQ domino's citer td, semasa derg mula2 nk bukak cwgn kt sni, depe dh riki tmpt tu dan gereja tu tk wujud lg. slps amek gambar sume, buat kajian then bentang kt board. board setuju dan derg sign tenancies agreement. bile dh start renovation, masa tu br naik sign board gereja. derg jd serba salah sbb agreement dh sign, tkleh nk turn back. so TERPAKSA teruskan.. saya juga bgtau kt puan tu, penduduk manjung byk komplen kt kite ( pej agama ) ttg kedudukan tu dan dia faham tp tkleh nk buat ape2 sbb bnda dah jadi. bangunan tu kepnyaan seorang lelaki cina.. makna kata, bukan gereja punya bgnn. sama2 menyewa kt situ.. ITU CERITA@MAKLUMAT YANG HQ DOMINO'S BGTAU PD SAYA PEJ AGAMA MANJUNG.. sy sndiri takkan pegi sbb saya juga boikot kedudukan domino's pizza sitiawan, tetapi tidak memboikot domino's yg lain. sekian..

    ReplyDelete
  8. kalau malam lg syok, salib tu bercahaya dan lagi menakutkan nk masuk dominos.. huhu

    ReplyDelete
  9. dulu mana ada church.. pas bukak domino asal wat church plak belakang tu.. aku tgk sitiawan mmg banyak curch..

    ReplyDelete
  10. Masallah...Allah itu penyayang..Maupun Kristian atau Muslim hanyalah satu-satunya Allah yang MAHA BERKUASA N PENYAYANG...cuma nabi yang berbeza..Kita ini 1 Malaysia..cuba kau hormat diri kamu n hormat negara kamu..faham rukun negara dulu baru mai cerita ! 10q..

    ReplyDelete
  11. Setuju dgn Saudari Alin, pemikiran tu biar terbuka skt. Blog Saudara Rasyid membawa tagline : "Menentang dengan fakta", tapi dlm posting tunggal nie je dh penuh dgn spekulasi.

    Saudara Rasyid memulakan posting ini dgn isu agama tetapi masuk pula isu politik selepas itu. Adakah Saudara Rasyid lebih prihatin terhadap isu agama atau sengaja mengaitkan dgn isu politik? Apakah motif Saudara Rasyid?

    Rakyat dh lama bosan dgn kerajaan yg menyalahgunakan isu agama utk kepentingan politik. Ada lg byk isu yg lebih penting dr memperbesarkan isu yg remeh temeh ni...

    Sekian.

    ReplyDelete
  12. Islam dihati kita sendiri..Pekara remeh-temeh. Kedai mkn Islam baik melayu atau mamak sentiasa tergantung kalimah Allah Muhamad cina,india masuk juga..Keimanan diri yg penting.Jgn singkat kan pemikiran.Alhamdulillah aku x mkn piza ni.Sedikit sebanyak menyumbang kpd puak empunya. Nama pun Dominos.Aku lebih suka mkn lempeng,Nasi lemak,karipap..nak mkn Piza aku mkn kat pasar malam org Melayu buatdan empunya.Piza hut pun aku x pegi..tanpa kita sedari KFC,PIZA HUT,MCD,Dominos empunyanya Yahudi. DOminos berpengkalan di US,CEO J,PATRICK DOYLE.setiap RM 1 yg anda bayar masuk juga keuntungan kat yahudi.pekara ini sebenar yg perlu tekan kan kerana secara langsung keluar dari poket anda.mkn lah korang org melayu .utk makluman anda empunya rangkaian ini lah penyumbang yg terbesar bg kegiatan Gereja di US.tak mustahil sebahagiannya dari sumbangan hasil pembelian anda org melayu

    ReplyDelete
  13. Masallah , apa yang Cikgu korang ajar kat sekolah ... Baik Islam atau pun Kristian .. Korang tembak macam nak jadi Osama . Pernah Kristian tak sokong Akan Kedai makan melayu , Nasi lemak , atau benci kepada bunyi solat Dari masjid ? Dude ! Wake up ! Here Malaysia ! Where we got our only 1Malaysia .. If u wanna be racist please migrate to join Osama ..

    ReplyDelete
  14. RasyidZamri merupakan Pro UMNO blogger.Saya ingin tahu adakah UMNO anti Kristian.Tindakan Rasyid memberi gambaran bahawa UMNO tidak mahu menghormati kebebasan ugama yang selama ini menjadi amalan UMNO.
    Pemegang saham Domino Pizza Malaysia ialah orang Melayu dan ianya ahli UMNO yang setia.Menjadi ahli UMNO pada tahun 1981.Pada masa Domino Pizza menyewa bangunan itu mereka tidak tahu yang tingkat atasnya akan di sewa kapada Gereja.

    Kenapa hendak memboikot Domino Pizza.Adakah mereka terlibat dengan memurtadkan orang Islam di Manjong.Ada kah mereke menggunakan Domino Pizza untok menyebarkan ugama Kristian.ada kah mereka menyumbangkan keuntongan mereka untok gereja.Jawabnya tidak.

    ReplyDelete
  15. Perak sekarang ini dibawah MB Zamri,ahli UMNO dan Melayu Islam.setahu saya di Selangor yang dibawah PKR,terutamanya di Shah Alam,tempat tempat ibadah saperti Gereja,Tok Kong Cina dan India tidak boleh di bena atau di buka sawenang wenangnya.

    Kenapa di Perak bagitu liberal.Bagaiman pula dengan Majelis Pembandaran Manjong.Iapa yang Pertuanya.Orang Islam atau orang Kristian.Kenapa tidak di tanya yang di Pertua ada kah Gereja ini mendapat kebenaran Majelis.Hendak pamer papan iklah dan juga salib gereja perlu mendapat kebenaran Majelis.Adakah mereka mendapat kebenaran.

    Saya bertanya kawan saya saorang Kristian Katholik berhubongan New Creation Church,apakah mazhab kristian mereka kerana saya tidak pernah dengar nama Church itu.Dia kata itu pahaman Kristian sesat,macam sky kingdom ayah Pin di Tengganu bagi umat Islam.Mungkin pengikutnya hanya ada di Manjong sahaja.

    Nasehat saya kapada orang Melayu Islam,tak payah hendak panik macam dunia dah hendak Kiamat.
    Orang Melayu itu cerdek dan bijak,jikamidak masakan kita dapat memerentah Malaysia dengan jayanya.

    ReplyDelete
  16. Saudara Rasyidzamri bisa belajar di sekolah Tafhiz Gombar.Ini bemaana pegangan ugama saudara kuat.Boleh hafal Quran.
    Dalam quran ada dinyata dengan jelas bahawa Fitnah dan mengumpat itu merupakan sau dosa yang besar.

    Saya amat terkejut denga tudohan liar saudara kaatas Domino Pizza yang di mileki oleh orang Islam.

    Semoga Allah ,yang maha Pemurah lagi Penyayang,akan memberi rahmat kapada saudara dan keluarga.AMIN.

    ReplyDelete
  17. x baik kaitkan dgn org lain.siasat dulu.

    ReplyDelete
  18. Hanya Allah yang MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG yang tau semua cerita belok ini..so kepada hero yang tak reti jalan cerite , jangan pandai -pandai reka cerite sendiri kalau mata senderi tak nampek ..Itu ajaran sesat ? amboi..buat lah google research..Orang dekat Singapore itu nak solat Ahad pun satu stadium penuh..kalau Ajaran sesat..pasel apa Singapore tu tak tangkap ...So..Islam kot Kristian kot..Hanya Satu ALLAH... Allah yang buat kita orang dari Tanah..mati pun kita orang jadi Tanah..semua hamba Allah sama taraf. Allah kurniakan semua tu cerdik , Allah tak pilih kasih ! Kalau nak soal pasal apasai yang dipertua MPM kasi tak kasi approval ? Itu semua soal yang boleh mengugatkan dan menghasut perpaduan Rakyat . Kita kena belajar hormat - menghormati..Korang Orang dapat didik dari sekolah mana yang tak ajar MORAL ? mungkin Korang KAKI PONTENG KELAS KOT.. Ingat...Allah itu maha Pengasih..sampai nafas terakhir pun seorang penjenayah ..Allah pun akan mengasihnya ..

    ReplyDelete
  19. Anak negeri 9 , kalau mai tempat orang..kena respect tempat Orang.Buka nak buat Hero pasal Pandang sendiri ..Cari buku ni yang dapat di alam maya tu ..BACA sebelum korang nak cerita. Kalau tak dapat cari boleh beli buku itu rm49 aje..

    http://www.kirkbyites.net/1960-61/foochows.htm

    ReplyDelete
  20. 1-menjauhi perkara yang ragu2 itu adlah lebih baik.= (kl was2 dengan tempat tue gie carik tempat lain). 2-tak perlu nak hentam sana sini=(dosa fitnah menfitnah jer dapat)..."manusia yg lemah, Allah s.w.t maha mengetahui".
    3-pucuk pangkal mantapkan keimanan kita = (sentiasa bermuhasabah diri dan bersama2 orang yang pandai dlm agama@alim ulamak)

    *sekadar pandagan peribadi sahaja,sekian.

    ReplyDelete
  21. Kenapa orang Islam tidak boleh menghormati orang Kristian.Saudara Rasyidzamri saorang yang berpendidikan ugama Islam yang baik.
    Di Zaman RasuAllah mula mengembangkan ugama Islam,Orang Islam di Mekah kena seksa bagitu terok.Rasuallah meminta mereka berhijrah ka Abbasiah.Sekarang ini Somalia.Raja Abbasiah ia lah saorang Kristian.Dia telah memberi pelindongan kapada Orang Islam Mekah yang berhijrah dinegerinya.memberi layanan yang baik.Bila ia mangkat,Rasuallah sembayang jghaib jenazah unrtok nya.

    Isteri Rasuallah,Maria merupakan orang kristian coptic dai Mesir.

    Kenapa sekarang ini kita harus bermusoh dengan mereka.Jika ada orang Kristian yang memurtadkan orang Islam,itu salah kita kerana kita kurang berdaawah tapi sebok berpolitik.Orang Kristian tahu ada lah menjadi satu kesalahan bagi mereka untok berdawak kapada orang Islam.Hanya di Malaysia saya orang Islam boleh di lindungi oleh undang unang.Tapi akidah kita tidak siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  22. apa le..x navy memang cam tu le...ilmu pengetahuan cetek..tapi nk tunjuk good...pirahhhhhhhhhhhh....Rasyidzamri pi belajar dulu le weh..

    ReplyDelete
  23. aku pun tak tau le apa nk jadi ngan ko nie rasyid...ko ada bukti ker tentang apa yg ko tulis tu?..jgn main tulis jer tanpa usul periksa..jgn suka2 nk jatuhkan hukuman....kalau ko betul2 ihklas..daftar jer bantahan kat mahkamah..jgn syok2 jer dalam blog...kita berada di zaman bertemadun bro... please le..jgn buat malu kaum melayu.. kaum melayu tinggi ilmu pengetahuan.. aku tak kata aku sokong kristian..aku org islam..tapi cara ko mendapatkan perhatian tu ada kurang senang sikit pada aku... Please siasat dulu dan kena ada bukti dan ILMU sebelum BERCAKAP BAB AGAMA... sorry haaa.wasalam

    ReplyDelete
  24. Orang kau ini bagaikan KATAK DI BAWAH TEMPURUNG ! Bagaikan Orang Asli yang tak reti tertamandun ! Cetek Ilmu ! Aku doakan kau pandai pandai selamat diri ! Ko boleh kena pi cari guaman yang terhandal pasal ko dah jadi member Akta Hasutan !

    ReplyDelete
  25. Jelasnya....provokasi di sini nak beritahu bahawa inilah kerja2 DAP.....di highlight tu.....ngapa la tak highligh Antara pengarah urusan kilang arak di shah alam dan kasino di genting???

    ReplyDelete
  26. Rasyidzamri ni ngaku blaja di maahad tahfiz... aku rasa cam confuse jer....cam takut kat bayang2 jer...iyer ker.... ker nak beritahu org anda mmg org yg beragama??? blaja TAHFIZ.... tapi langsung tiada cerminan diri....sebagai Islam sejati...

    ReplyDelete
  27. Antara lokasi lain domino pizza yg mempunyai salib besar di atasnya adalah di kulaijaya..samaada mrreka ada share ke tidak.wallahualam..

    ReplyDelete

Artikel Terbaik