
Ceritanya macam ni. Ada satu program kesukarelaan yang diadakan di satu kawasan (yang pasti bukan di Negeri aku iaitu Negeri Perak). Pesertanya adalah anak-anak muda yang ghairah melakukan kerja kesukarelaan. Bilangannya 115 orang termasuk urusetia. Oleh kerana ianya reach out dari rumah ke rumah, UMNO disitu ambil kesempatan untuk bekerjasama mendekati rakyat. Niat yang baik. Alhamdulillah, Pengarah Programnya berjaya yakinkan anak-anak muda untuk membantu UMNO dan Kerajaan amnya. Apa yang Pengarah Program tu minta ialah 'basic' sebagai menghargai tenaga dan air peluh sukarelawan iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan air minuman mineral waktu bertugas.
Tiba masa hari program berjalan, satu apa pun tidak disediakan. Bahkan untuk glamour wartawan yang Pengarah Program tu bawa pun di sambarnya untuk liputan segala bagai barisan kepimpinan. Akhirnya, senior-senior sukarelawan ini hulurkan henset masing-masing untuk dijual dan duitnya digunakan untuk bayar sarapan pagi, makan tengahari dan air mineral waktu bertugas kesemua sukarelawan termasuk bas 2 buah yang disewa. Dan apabila Pengarah Program bertanya sendiri dengan Ketua UMNO Bahagian dikawasan itu, di fahamkan Ketua UMNO Bahagian tersebut sudah berikan RM 5000.00 kepada barisan jawatankuasa UMNO yang terlibat pada program tersebut.
Cuba korang bayangkan kalau korang ditempat Pengarah Program dan sukarelawan program tersebut, apa yang korang rasa..?? Elok-elok kesemua sukarelawan tersebut menyokong UMNO dan BN, silap-silap mereka semua berpaling tadah. Lebih bagusnya pulak kalau kesemua 115 sukarelawan anak muda tersebut bercerita di facebook, bercerita pada kawan masing-masing dan sebagainya, tak pasal-pasal UMNO dan BN dapat promosi percuma.
Buat semua pemimpin UMNO diluar sana, tolonglah jangan menangguk di air yang keruh jika benar anda sayangkan UMNO. Kerana sikap anda itu, nama UMNO dan BN yang busuk.
BAPAK SEGALA RASUAH DLM MALAYSIA NUAR P.GAY.R BILA NAK HEBOH.
ReplyDeleteRasyid, MANA BUKTI NYA? Tuduhan hendaklah beserta dgn BUKTI sama ada dokumen atau video atau keterangan saksi. Jangan jadi macam ostad PAS & Anuar Berahim yang berceramah di surau2 & tempat awam. Tanpa bukti tuduhan anda jadi FITNAH.
ReplyDelete